CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 29, 2010

Eidul Milad Ya Bintie~~












Assalamualaikum…

Segala puji-pujian Zat Yang Agung kerna telah menganugerahkan zuriat sulung buat abi dan ummi…

Alhamdulillah..selepas berlalunya azan maghrib di senja hari, termaktublah usiamu selama setahun bernafas di atas bumi baraqah Allah ini..serikandi Islam ummi dan abi ini sudah berusia setahun penuh mengikut calendar Hijri pada 16 JamadilAwwal ..Alhamdulillah..apalagi yg membahagiakan ummi dan abi di sempena hari lahirmu ini melainkan melihat dirimu beroleh bermacam-macam nikmat dari Allah SubhanahuaTaala..segala macam nikmat itu membuatkan kita perlu tunduk bersyukur atas segala pemberianNya..

Dikesempatan ini..ummi dan abi ingin mengucapkan Sanah Helwah wa Eidul Milad buat puteri sulung kami berdua…moga usiamu ini membawa keberkatan ke seluruh penghidupanmu..insyaAllah..

Sempena di hari lahirmu ini, abi dan ummi bercadang akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan bersama-sama dengan majlis kenduri Aqiqah khas untukkmu di kampung abi di Ipoh pada 2hb Mei 2010..walaupun dirimu tidak mengerti apa-apa lagi..ummi dan abi berbesar hati ingin meraikannya dengan penuh keberkahan di majlis aqiqah itu nanti..Alhamdulillah..Allah mengurniakan peluang dan rezeki untuk abi mengadakan sedikit kenduri pada majlis itu..sebenarnya sunnat aqiqah dituntut pada hari ketujuh,tetapi kerana kami belum mempunyai rezeki yang lebih untuk menjalani ibadah ini pada hari ketujuh kelahiranmu yang lalu, jadi kami terpaksa menangguhkan sehingga ke saat ini..Alhamdulillah..Syukur pada Allah..

Mujahidah Islam kami..

Jika ingin diceritakan pengharapan ummi dan abi pada mu..MasyaAllah memang tidak terkata lagi..tapi dirimu hanya lah insan biasa..laluilah kehidupanmu mengikut corak2 Islam..harapan2 sebesar gunung dari kami hanyalah impian yg kami cuba pupuk padamu sejak sedari kecil..moga dirimu beroleh acuan yang terbaik dr Islam itu sendiri..tiada acuan lain selain agama Allah itu..Apabila dirimu besar kelak, janganlah tertekan dengan segala harapan2 ummi dan abi ini, laluilah dengan penuh kesungguhan dan mengikut kemampuan dirimu sendiri..mohonlah kekuatan dari Allah..hanya Allah penguatmu..kami hanya mampu membimbingmu dan mendoakanmu..tiada kekuatan lain yang lebih hebat dari kekuatanNya..anakku..serah bulat2 penyerahan hati mu pada Allah..selebihnya berusahalah sentiasa mempertingkatkan dirimu..InsyaAllah..

Sesungguhnya kelahiranmu begitu membahagiakan kami..mengajar kami erti hidup sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab penuh keatas penghidupanmu..

Selamat Hari Lahir Kak Long…ummi abi dedikasikan khas ucapan ini buatmu Dzaatin Nithaaqain Auni..

Sayang tulus ikhlas dari..

Ummi Abi buat kak Long dan Angah

Layla_elyas

No comments:

Post a Comment