Bismillahhirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat udara, nikmat kesihatan yang baik, nikmat kasih sayang sesama manusia, nikmat kerinduan kepada keluarga yang jauh di utara, nikmat makan minum dan tempat tinggal yang selesa, nikmat kebahagiaan, nikmat beribadah dan segala macam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita..Alhamdullillah...
pada ruangan entry kali ni, ummi nak nukilkan pengalaman bekerja setelah tamat belajar ijazah pertama ummi dan abi..biasalah, inilah pengalaman pertama ummi dan ummi suka sekali dapat kongsikan bersama anak2 ummi..
seperti kebanyakkan orang, hari pertama untuk ke tempat kerja memang menggelisahkan..macam2 persoalan yang bermain di benak ummi, bagai mana suasana tempat kerja, islamikkah? sibuk sangat kah? letih sangatkah? boleh mesra kah? dan berbagai2 kah kah kah??? lagi..he..
pada hari pertama
ummi dan beberapa pelajar practical yang lain dipanggil ke bilik meeting oleh boss syarikat itu yang merangkap sebagai General Managernya, Admin/HR/Training Exsecutive pun turut serta..mereka mengadakan sesi berkenalan sesama kami dan sesi taklimat ttg organisasi syarikat itu..barulah ummi tahu serba sedikit latarbelakang syarikat berkenaan dengan lebih lanjut lagi..maklumat itu penting utnuk ummi sebab ia akan menjadi bahan report ummi nanti.. selepas sesi taklimat, ummi dan mereka di bawa berkenalan dgn staff2 yang ada..mereka boleh tahan ramah2 juga,,kebanyakkannya ex-UIA juga..bolehla..
hari pertama tak banyak yg ummi kena buat..ummi cuma bantu Admin taip dokumen penting..tak susah pun, hanya copy semula sahaja..masih leisure lagi rupanya..pukul 5.30 ummi bergerak pulang dan terus grab dzaatin di educare..ptgnya, sambil menjaga dzaatin ummi masak untuk makan malam..walaupun tiada kerja berat di office, tapi keletihan masih tetap terasa..tapi tak terlampau letih sangatlah..cuma tak cukup tidur seperti selalu..masa belajar dulu, time tgahari dapat jugak lelapkan mata buat sementara waktu, tapi semasa bekerja, ruang untuk tidur sebentar itu tiada..emm..malamnya, kerana terlalu mengantuk, ummi tertidur keletihan betul2 selepas solat isya'..selalu masa belajar pukul 10 atau 11 pun belum tentu ummi tidur lagi kerana menyiapkan kerja2 homework..emm..rupanya inilah perbezaan antara bekerja dan belajar...
rutin sehari2 ummi pun sudah berubah..begitu juga dengan abi..pukul 5.45 atau 6 pagi ummi dah bangun siap2kan barang dzaatin ke educare, mandi, solat, iron baju, buat minuman pagi dan siapkan dzaatin sebelum bertolak ke tempat kerja pukul 8 pagi..abi pulak 7.45 pagi dah awal2 bertolak ke pusat bandar KL..selalunya, pagi2 abi akan bantu ummi siapkan yg mana patut sementara ummi ironkan baju kami..bila dzaatin dh terjaga, ummi langsung tak boleh buat kerja lain sebab dzaatin merap dengan ummi..sebab tu ummi akan buat kerja secepat yg mungkin sebelum dzaatin terjaga..selalunya ummi akan susukan dzaatin kenyang2 dulu baru bangun untuk bersiap....
pada hari kedua dan seterunya hingga hari jumaat baru ni...ummi belajar perkara2 baru selok belok pejabat..memfax surat, menulis surat, memfotokopi, menaip dokumen, membuat persediaan untuk meeting dan macam2 lagi..macam ala2 admin staff je lah..ummi suka je..bagi ummi, ia sesuai dgn jiwa ummi..tak perlu nak bergaul2 sgt dengan staf yang lain..ummi ni bkn apa, kekok sikit kalu terpaksa berbincang dgn staf lelaki..huhu..ummi tak nak n tak perlu pun..penting2 je baru ummi terpaksa berhadapan..sebab tu tugas sekarang ummi dh selesa dh..ummi ni mmg pemalu byk..he..lagipun ummi tak mengimpikan pun untuk bekerja dlm corporate world, sekadar bekerja bg membantu kewangan abi itu sudah cukup baik bg ummi dan keluarga..kerjaya bukan perkara penting bg ummi..masa untuk abi dan anak2 yang paling ummi utamakan..insyaAllah..
ummi dah berbincang dengan abi, setiap petang jumaat, ummi nak bawa dzaatin pergi berenang di pool..ummi nak skill renang dzaatin semakin improve, baru2 ni, banyak perkara baru yang dzaatin dah pandai buat..antaranya, melampungkan dan menelentangkan badan sendiri dgn dibantu sokongan tgn ummi, dh pandai nak selam muka skit2, suka tunjuk bird tgh terbang masa dzaatin tgh berenang hehe dan yang paling penting kaki dan tgn semakin aktif digerakkan..Alhamdulillah..semua kebolehan tu Allah yang izinkan, bukan sbb ummi pun..ingat ye dzaatin..ucap syukur pada Allah selalu dan jadi anak yang solehah ye tanda terima kasih pada Allah..;)
hari minggu pula, ummi berbincang ngan abi nak bawa dzaatin beriadah di taman2 yang ada di kawasan KL ni..antara yg terbaik ialah di Taman Metropolitan di Kepong atau pergi teman abi menangkap anak2 ikan kecil untuk ikan peliharaan abi..sambil2 tu boleh mandi sungai sekali..selalunya kami akan ke sungai yang terdekat sahaja seperti Sungai Pisang di Alang Sedayu..memang menjadi minat terbaru abi nak menjaring ikan2 kecil di sungai..ummi pun suka aje sebab ummi ni memang suka berjalan he..lagipun masa nilah masa yang sesuai untuk kami betul2 mempunyai quality time bersama2..Alhamdulillah
aktiviti lain setakat ni masih belum dirancang lagi kerana sesi semester baru uia belum bermula lagi..selalunya apabila sesi semester bermula, abi dan ummi akan cuba menghadiri kuliyyah ustaz, usrah dan program2 lain..ini akan ummi arrange kan kemudian setelah semester baru bermula kelak..moga Allah lapangkan dan ikhlaskan hati2 kami untuk ke sana mangaut ilmu2 akhirat dan menyuburkan hati2 yang mudah dibolak balik ini..perkara sebegini juga penting selain hanya mencari rezeki untuk keperluan dan kesenangan keluarga sahaja..insyaAllah
akhir kata setakat ini dahulu pengalaman seminggu pertama ummi dan abi ke tempat kerja dan merasai sendiri pengalaman bekerja setelah tamat belajar..ummi mohon sangat agar rezeki yang diperoleh itu mendapat keberkatan Allah..moga anak2 ummi kelak membesar dengan keberkatan Allah jua..kerana keberkatan itu datangnya dari kesungguhan kita bekerja, kerana bekerja juga adalah ibadah, berkerja menjadi ibadah apabila kita disiplin dgn jadual waktu kerja, menjaga masa2 solat dan jujur dlm berkerja insyaAllah...ummi mohon segalanya dari Allah..
dan akhir sekali, gaji yang bakal kami dapat kelak dapat kami uruskan dgn bijaksana..tak lupa, mak ummi pun selalu berpesan, keberkatan gaji itu datangnya juga apabula kita membantu ibubapa kita, walaupun mereka masih mampu tapi huluran yang sedikit itu pun dapat memberikan sedikit keberkatan kepada sumber rezeki kita insysAllah..ummi akan cuba mengaplikasikan nasihat mak ummi tu..kerana ummi belajar tinggi2 ni pun atas niat untuk meringankan sedikit beban mereka juga..biarlah walaupun sedikit..insyaAllah..kegembiraan mereka kegembiraan ummi juga..kerana keredhaan mereka adalah keredhaan Allah..
No comments:
Post a Comment