CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 11, 2010

Alhamdulillah..Pengajian Ijazah Pertama Sudah Tamat

credit to google: ~iium from the sky view~


Syukur ke Hadrat Ilahi..Yang Memulakan dan Yang Mengakhirkan..Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan..Yang Maha Memberi dan Yang bakal mengambilnya semula pada bila-bila masa..SubhanAllah……

Alhamdulillah..setinggi pujian ke atas Allah..Tuhan Semesta Alam..setinggi2 kesyukuran ummi panjatkan kepada Allah.. kerana di saat ini..telah 4 hari pengajian ummi telah tamat secara tidak rasminya..

Pengajian selama 2 tahun di Matrikulasi UIAM pada tahun 2004-2006 dan kini Pengajian Ijazah Muda di kampus UIAM Gombak selama 4 tahun dengan pelbagai ujian dan mehnah, pengalaman dan cabaran, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah Tuhan Yang Agung..Alhamdulillah..

Sesungguhnya..perasaan ummi bercambur baur saat pulang ke rumah setelah selesai menjawab soalan exam untuk subjek yang terakhir di sepanjang minggu exam..ada rasa syukur..ada rasa gembira..ada rasa bagai tidak percaya..ada rasa izzah..ada rasa sayu..ada rasa duka..ada rasa rindu..ada rasa segala-galanya…

Di blog ini, teringin sekali ummi nukilkan segala rasa di sepanjang pembelajaran ummi selama 4 tahun di UIAM..

Pada pertengahan tahun 2006..ummi melangkah ke UIAM untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda di dalam bidang Economic and Management Sciences..begitu juga dengan abi..pada tahun pertama..ummi agak kekok dengan system yang UIA amalkan..sentiasa perlu alert dan tergesa2..jika tidak ummi akan ketinggalan..ummi sudah mula terasa beban belajar di IPT..tapi ummi teruskan perjuangan..kerana tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sedang ummi pikul dan perlu ummi galas dengan baik..emak dan ayah ummi mengharapkan yang terbaik dari ummi..ummi juga anak kedua yang dapat menjejaki Universiti setelah kakak yang pertama dahulu..jadi ummi terasa bertanggungjawab untuk menggembirakan hati emak dan ayah ummi..Alhamdulillah berkat doa mereka ummi sampai ke tahap ini..

Tahun kedua berlalu dengan baik setelah ummi telah boleh ‘masuk’ dengan system dan suasana di UIA..program2 dakwah masih ummi ikuti untuk memantapkan diri sebagai hamba Allah yang dhaif..di tahun kedua, ummi bertemu jodoh dengan abi..kami melangsungkan pernikahan semasa semester kedua..seminggu sebelum final exam..hehe..terasa bermakna final exam kali itu..kerana pertama kali dapat belajar dan menelaah pelajaran yang sama..hehe..banyak sungguh kenangan ketika itu..sungguh banyak..ketika itu sebulan pertama selepas pernikahan kami berpisah dan tinggal di asrama masing2 sebelum mencari tempat penginapan yang baru dan sesuai dgn kewangan kami ketika itu..Alhamdulillah..dengan hanya rm150 sewa bilik sebulan..kami bahagia memulakan hidup berumahtangga bersama..

Tahun ketiga..ummi dan abi sudah memasuk bidang major masing2..ummi mengambil haluan kea rah Business Administration manakali abi pulak dengan minatnya yang mendalam dalam bidang Accounting..ketika ini..kami sudah berpindah ke luar ke rumah sewa yang lebih baik.. dan pada tahun ketiga ini..ada satu sejarah juga tercipta, ummi mengandungkan dzaatin..sungguh menterujakan segala pengalaman sebagai pelajar isteri dan bakal ibu..ada juga bahagia yg tak terhingga di sini..ada juga mehnah yang Allah tahu kami mampu menghadapinya..Alhamdulillah..tahun ini, ummi bantu abi dari sudut kewangan dengan bekerja guru tuisyen secara part time..Alhamdullah..kehidupan bertambah selesa..terasa berkat dengan bakal kehadiran zuriat tidak lama lagi…apabila umur kandungan semakin meningkat, abi nasihatkan ummi berhenti berkerja kerana alahan ummi agak teruk tika itu..abi mahu ummi berehat2 sahaja..

Akhir sekali sampailah kami ke tahun terakhir pengajian..sepanjang dua sem kali ini..hidup kami terisi dengan kelahiran puteri dan anugerah yang tak ternilai dari Allah..walau sakit yang tak tertanggung semasa tempoh kelahiran dzaatin..tapi ummi dan abi bersyukur kerana kami selamat menerima kelahiran baru dalam kehidupan kami..bermula lagi sejarah baru buat kehidupan abi dan ummi..kali ini kami menyambung pembelajaran ijazah pertama sekaligus sebagai parent yang masih belajar menghadapi onak dan ranjau kehidupan dalam usia yang muda..semua itu nikmat bagi kami..

Emm..begitulah serba sedikit rantai perjalanan kehidupan abi dan ummi sepanjang bergelar graduan..apa perancangan selepas ini..ummi akan nukilkan buat dzaatin dan bakal anak2 ummi tidak lama lagi insyaAllah..

apa yang ummi mohon di sini ialah semoga Allah berkati ilmu2 yang telah Allah anugerahkan kepada abi dan ummi sepanjang 4 tahun kami menimba ilmu..sesungguhnya..ilmu Allah itu masih luas lagi untuk diterokai..dan ummi mohon agar ilmu2 itu dapat disumbangkan kembali kepada Daulah Islamiyyah..insyaAllah..dan tak lupa moga Allah berkati dan rahmati guru2 kami sepanjang penat lelah mereka mengajar memahamkan kami..Redhalah segalanya..juga ummi selalu berharap agar ijazah ini menjadi contoh kepada zuriat abi dan ummi..supaya menjadi inspirasi kepada anak2 ummi..dan terakhir kali..tamatnya tempoh pembelajaran ini dengan jayanya ummi hadiahkan buat ayah dan emak ummi..ummi mahu mereka gembira..

dan suatu saat nanti ummi dan abi merancang mahu menyambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi InsyaAllah..moga Allah kabulkan keinginan kami ini..

3 comments:

  1. Tahniah laila dh habis belajar.... Tingat ms akak dulu, hanis ja exam, esk tu trus blk kedah... Kwn2 akk gi jln2 dulu.... Hehe... Tahniah gak sbb berjaya tempuhi alam belajar dgn status isteri n ibu, bkn sesuatu yg mudah.. Akk pun tak sanggup... Huhu

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, laila..bila ana baca kisah anti menjadi pelajar,isteri dan anak..ana dapat rasakan betapa kuatnya anti menyeimbangkan segala perkara..ana sendiri tidak kuat seperti itu..anti, masa pg rumah anti tahun lepas, sehingga sekarang ana masih ingat lagi layanan anti pada ana sebagai tetamu..sungguh istimewa bershbt dgn anti..moga ukhuwwah kita kian mekar..

    ReplyDelete
  3. to kak shira dan sue: segalapuji bg Allah yg menganugerahkan segala kekuatan..pada diri saya sendiri sebenarnya tiada apa yg boleh dibanggakan..semuanya bantuan dr Allah..Alhamdulillah..

    ReplyDelete