CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 20, 2010

Senyumanmu membuatkan pagi kami indah sekali..


assalamualaikum...

entry kali ini ummi ingin coretkan telatah mu di pagi hari yang membuatkan hari2 ummi dan abi berlalu dengan ceria..
untuk pengetahuan dzaatin, ketika mula2 menghantar dzaatin di nursery ketika berumur 2bulan lebih..
itulah hari pertama ummi berpisah sebentar denganmu..
hari ummi berlalu dengan sedih dan duka..
ummi tak dapat menerima hakikat terpaksa meninggalkan mu walaupun sekejap..
hanya kerana tanggungjawab belajar masih ummi pikul
ummi kuatkan juga melawan perasaan sedih berpisah dengan mu..
jika semangat ummi tidak kuat, mahu sahaja ummi berhenti sahaja dari belajar dan hanya menjagamu siang dan malam..
tapi atas nasihat abi, ummi teruskan jua...
tika itu, dirimu belum memahami erti sedih kerana ditinggalkan ummi sebentar..
dirimu ketika itu masih tidak banyak ragam kerana masa dihabiskan dengan waktu tidur sahaja..
selalunya saat ummi hantar dirimu di nurseri, engkau masih diulit mimpi
segalanya berlalu seperti biasa sehinggalah engkau berusia 7 bulan..
sepanjang tempoh itu ummi sudah tidak terlalu emosional ketika mula2 manghantar dirimu dahulu..
cuma biasalah rindu pada mu sentiasa di hati..

ketika usiamu mengenjak ke usia 8 bulan..
dirimu sudah mempunyai berbagai ragam..
sudah mula mengamuk dan merengek bila ditinggalkan..
tika itu
engkau sudah memahami erti sedih ditinggalkan ummi
selalu menangis dan meraung..
menjerit minta tidak ditinggalkan..
hati ummi sayu sekali..
ummi selalu mengadu pada abi..
berat sungguh hati meninggalkan dirimu yang menangis ditinggalkan..
suaramu menjerit terasa kuat kedengaran
kejamkah ummi meninggalkan dirimu disaat engkau terlalu memerlukan ummi..
ummi rasa bersalah..
tapi abi nasihatkan yang tidak sepanjang masa kita akan bersamanya..
belajarlah untuk berpisah dan merasai hangatnya perasaan rindu
ummi terima teguran abi..
tapi seperti biasa ummi akan sentiasa teringatkan mu sepanjang berada di dalam kelas..
ummi akan berasa moody sahaja selepas meninggalkanmu pagi2
dirimu masih seperti itu..

ummi terasa ingin meminta nasihat dan pandangan kakak2 yg berpengalaman..
bagaimana mereka menguruskan anak2 yang menangis ditinggalkan..
apakah perasaan mereka?
bagaimana mereka mengubat kesedihan mereka?

dan inilah nasihatnya..
datangnya dari salah seorang senior ummi dahulu
dialah tempat selalu ummi minta nasihat berhadapan liku2 manghadapi karenah anak2

SEDIH BERPISAH

Segala puji bagi Pencipta yang telah mencampakkan rasa kasih yang amat mendalam dalam hati seorang ibu dan ayah terhadap anaknya. Sekaligus membuatkan kita bermuhasabah, dalam proses kita sekarang bersusah payah membesarkan anak-anak. “Begini rupanya kesusahan ibu dan ayah aku dahulu. Begini rupanya rasa kasih mereka yang amat mendalam terhadap aku.” Laila, mana2 ibu yang masih terjaga fitrahnya pasti akan merasai kesedihan yang sama dengan apa yang telah Laila lalui. Tak dapat disangkal lagi. Tapi jika kita telah nekad, maka kesedihan itu boleh diterjemahkan kepada satu bentuk yang lebih positif. Contohnya, kita pujuk anak sebelum sampai, jelaskan pada dia walau mungkin dia belum memahami. Kalau baby, kita positifkan mind kita. Kejap je nangis tu. Juga tak salah bercakap2 dengan dia, dia boleh faham insyaAllah;) Kita akan lebih rasa lega jika beberapa langkah praktikal telah diambil sebelum tu. Antaranya kita dan pasangan dah usaha sehabis daya survey nurseri2 yang ada. Manakah yang terbaik. Pengalaman kak Mirah, k.Mirah cari ada tak sohibah yang full time house wife yang jaga baby. Ada, makcik Rozi. Jadinya Abdullah Amin bersama makcik setahun, kemudian bila makcik pindah, kami survey nurseri yang sesuai, Allah izin jumpa. Di dinding dalamnya tertulis ‘I love Alah’, pemiliknya kak Aniza bertudung labuh dan nampak cekap serta kemas, keadaan nurseri yang ceria dan tersusun rapi. Itu usaha yang kak Mirah dan zauj boleh buat. Setakat termampu. Selebihnya kita serah pada Allah dan cuba buat pemantauan terus menerus. Yang penting, persekitaran terbaik untuk anak kita. Kelemahan pasti ada tapi yang penting kita positif. Tak dapat dinafikan yang pengasuh menjaga anak kita, tak sama macam kita jaga. Yang tu kena banyak do’a agar Allah bantu, selepas kita dah berusaha carikan yang terbaik.

kini..
setelah berusia 11 bulan..
ummi mengamalkan seperti yang dinasihatkan oleh kak amirah
pagi2 semasa dalam perjalanan
ummi akan berborak dengan dzaatin
macam2 ummi borakkan
mahu dzaatin belajar sungguh2 di sekolah
dengar kata teacher
main elok2 ngan kawan
jadi anak yang solehah
tengok alam yang terbentang luas
tengok makhluk2 Allah yang terus berzikir
hebatnya ciptaan Allah
dan macam2 lagi harapan ummi pada dzaatin
ummi lihat dzaatin penuh semangat dengar ummi berceloteh
kadang dzaatin ikut bercerita sambil tunjuk2 sesuatu di luar tingkap
gembira ummi melihat respon dzaatin itu
setelah sampai di nurseri
dzaatin tidak lagi mengamuk, menangis dan menjerit seperti selalu
dzaatin sentiasa tersenyum
sambil memerhati teacher2 dan kawan2
riangnya hati ummi
Alhamdulillah..cara kak amirah ajarkan itu sungguh berkesan
segalanya atas izin Allah
kini ummi tidak moody lagi selepas tinggalkan dzaatin
ummi sentiasa bersemangat ke tempat kerja
senyumanmu sentiasa di hati ummi..
Alhamdulillah..
dirimu penyeri hidup kami..

4 comments:

  1. Salam perkenalan,
    seronok sangat saya baca blog ummi dzaatin..santai tapi penuh ilmiah.Memang btol kalu kite sentiasa bercakap dgn anak kita,InsyaAllah..dia akan akan memahami apa yang kita nasihatkan..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga buat ummu aisyah:
    saya juga ummu aisyah tau..hehe..saya ada anak susuan bernama aisyah humaira'..tapi berada jauh di utara..emm alhamdulillah..setelah mempraktikkan seperti dinasihatkan, dzaatin semakin ceria setiap pagi hari..;)

    ReplyDelete
  3. salam dik
    kak terharu baca entry ni.nak story mory tak berapa reti.tapi memang hati kita sedih sangat,lagi masa tu akak BF kan baby.time dia nyusu,kita semakin sayu.rupanya pengasuh kata,anak tak mahu susu botol walaupun akak dah perahkan...sedih ngat masa tu...

    ReplyDelete
  4. wassalam to qaseh mas:selaunya ibu yg BF anaknya, mmg perasaan sedih tggalkan anak kita lain macam ckit..kesan dr naluri dan ikatan ibu dan anak..sy pu Bf dia, tu yg sedih sgt..tp alhamdulillah, masa tggal tu dia dh boleh mkn solid food.dpt backup ckit perut dia selain susu je..

    ReplyDelete